Jenayah Luar Negara Terkini

Tergamak, Bapa Penggal Kepala Anak Selalu Minta Duit

SEORANG bapa tergamak memenggal kepala anak lelaki sendiri menggunakan kapak kerana tidak tahan dengan sikapnya yang suka meminta duit belanja.

Kejadian menggemparkan ini berlaku di Kampung Temboro, Jawa Timur, Indonesia. Dek kerana tidak tahan dengan perangai anaknya yang suka mendesak, si bapa bertindak di luar batasan akal.

Berdasarkan keterangan saksi, kedua anak beranak itu dikatakan sempat bergaduh dan bertengkar sesama sendiri sebelum kejadian bertukar menjadi parah.

Kata saksi lagi, mangsa yang hanya dikenali sebagai Abdul Azis, 18, selalu meminta duit daripada ibu bapanya.

Namun, permintaannya tidak dapat dipenuhi kerana mereka juga kekurangan duit untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Oleh kerana geram dan marah apabila keinginannya tidak dipenuhi, mangsa dikatakan mengugut mahu membunuh ibu dan adiknya sendiri.

Bapa mangsa yang mendengar perkara tersebut terus naik marah lantas mengambil kapak dan menghayunkannya ke bahagian kepala mangsa sebanyak tiga kali sehingga mangsa meninggal dunia.

Pihak polis bergegas ke tempat kejdian sebaik sahaja dimaklumkan dan menahan bapa mangsa yang berusia 45 tahun untuk tindakan lanjut.

Menurut pihak polis, mangsa dikatakan selalu mengancam untuk membunuh adik beradiknya yang lain selain terlibat dalam kes pukul yang sering berlaku di kawasan terbabit.

Mangsa juga berada dalam senarai dikehendaki polis kerana sering terlibat dalam kes jenayah. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen