Hiburan Sensasi Terkini

Tepati Ramalan, Fattah Amin Bintang Paling Popular ABPBH3.0

Malam tadi telah berlangsungnya majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 (ABPBH3.0).

Majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu menyaksikan pelakon Suri Hati Mr Pilot, Fattah Amin dinobatkan sebagai Artis Paling Popular menepati ramalan orang ramai.

Selain anugerah tersebut, Fattah Amin juga membawa pulang trofi Pelakon TV Lelaki Popular dan memenangi dua kategori online iaitu Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Drama bersama Neelofa.

Pelakon yang pernah dicop sebagai ‘kayu’ kerana lakonannya yang dikatakan keras dan tidak berkesan itu juga membawa pulang sebuah kereta Peugeot 408 e-THP bernilai RM150, 000 berserta trofi.

Dalam Instagramnya, Fattah menzahirkan rasa syukur atas kemenangannya dan berterima kasih kepada peminat yang banyak memberi sokongan dan undian.

Keputusan penuh ABPBH 3.0 Bintang Paling Popular – Fattah Amin

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Ella Kategori Utama

  1. Artis Baharu Lelaki Popular – Khai Bahar
  2. Artis Baharu Wanita Popular – Sweet Qismina
  3. Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar
  4. Penyanyi Wanita Popular – Siti Nordiana
  5. Pengacara TV Popular – Neelofa
  6. Penyampai Radio Popular – Radin
  7. Artis Versatil Popular – Ifa Raziah
  8. Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular – Akim & The Majistret
  9. Artis Komedi Popular – Zizan Razak
  10. Pelakon TV Wanita Popular – Janna Nick
  11. Pelakon TV Lelaki Popular – Fattah Amin
  12. Pelakon Filem Wanita Popular – Fazura
  13. Pelakon Filem Lelaki Popular – Zul Ariffin

Kategori online

  1. Gandingan Serasi Drama – Fattah Amin & Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)
  2. Gandingan Serasi Filem – Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik)
  3. Personaliti Media Sosial – Makhlokmacho
  4. Artis Berpengaruh Di Laman Sosial – Neelofa
  5. Artis Sensasi – Fattah Amin