Gaya Hidup

‘Tentera Bawang’ Serang Facebook IPC Selepas Batal Hak Penganjuran

JAWATANKUASA Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan berlangsung mulai 29 Julai hingga 4 Ogos ini di Kuching.

Menurut IPC, keputusan berkenaan dibuat pada mesyuarat lembaga jawatankuasa itu di London setelah Kementerian Dalam Negeri Malaysia gagal memberi jaminan yang diperlukan bahawa perenang para Israel boleh mengambil bahagian, bebas daripada diskriminasi dan selamat semasa kejohanan itu.

Selepas berita itu diketahui umum, laman media sosial Facebook IPC mula ‘diserang tentera bawang’ atau netizen Malaysia sejak semalam.

Rata-ratanya membidas keputusan yang dibuat oleh IPC itu. Mereka bangga dan terus menyokong keputusan kerajaan Malaysia yang bertegas menghalang atlet dari Israel memasuki negara ini.

Antara komen paling banyak diutarakan adalah kami tidak kisah, kami bersama Palestin.

“Kami tidak kisah, bangga dengan keputusan Malaysia dan bangga jadi rakyat Malaysia,” kata salah seorang daripada netizen.

Sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan mengambil pendirian yang tegas untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada kejohanan tersebut.

Bagaimanapun Jawatankuasa Olimpik Israel membantah terhadap keputusan itu dan terus memberi tekanan kepada pihak  penganjur untuk mengeluarkan visa kepada atlet mereka. –KLICK.MY

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.