Sensasi Terkini Viral

Tengku Puan Pahang Didik Anak, Menantu Masuk Dapur

Selain sifat kasih dan prihatin kepada rakyat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya dikenali kerana kehandalannya di dapur.

Sebuatlah apa sahaja masakan tidak kira masakan Melayu, Barat, Timur Tengah dan pelbagai lagi, semuanya mudah sahaja bagi isteri kepada Pemangku Raja (Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) itu.

Namun lebih menggagumkan adalah apabila Tunku Azizah turut sama memupuk minat memasak kepada anak-anak perempuannya termasuk menantu, Puteri Suraiya Afzan yang tidak kekok duduk bersila di atas lantai ketika menolongnya memasak.

Jarang sekali kita dapat melihat anak-anak raja `selamba’ duduk bersila menggentel kuih di lantai dapur kan?

Jika anda mengikuti laman Instagram milik Tunku Azizah ini sememangnya kecur liur melihat menu-menu lazat yang dimuat naik ke dalam laman tersebut.

Terbaru beliau anak-beranak sedang sibuk membuat persiapan kuih muih untuk Hari Raya selain menu berbuka puasa.

Dia turut menulis, dua anak perempuannya, Tengku Afzan dan Tengku Jihan masing-masing merupakan orang kuatnya dalam hal masakan dan mereka banyak menyimpan resepi ibu mereka.

“Kalau sesiapa nak resepi masakan saya (air tangan Tunku Azizah Iskandar) sila tanya mereka berdua, saya takut kena marah dengan mereka berdua ni yang cukup lokek dengan resepi-resepi saya,” kata beliau. –KLICK.MY