Terkini Viral

Aneh, Kambing Biri Biri Punyai Mulut Kedua Dalam Telinga

Kecacatan pada haiwan ternakan bukanlah sesuatu yang pelik. Cerita seperti ternakan punyai kaki lebih daripada empat dan berkepala dua sudah biasa didengari.

Namun, kecacatan yang ditemui pada haiwan ternakan kali ini benar-benar berbeza.

Seorang petani terkejut apabila menemui mulut lengkap dengan gigi beserta air liur di dalam telinga kambing biri-birinya.

Lebih mengejutkan, mulut dalam telinga itu menunjukkan ianya juga boleh menelan. Wah, satu penemuan yang sangat jarang atau tidak pernah langsung didengar!

Petani bernama Ali Duman ini menyedari perkara ini ketika mengetam bulu bebiri di ladangnya di daerah Islahiye, Gaziantep, wilayah di selatan tengah Turki.

Menurutnya dia ternampak belahan pada telinga salah seekor bebiri. Pada mulanya dia ingatkan belahan tersebut akibat kecuaiannya ketika mengetam bulu tetapi sebaliknya.

Kemudian dia memeriksa dengan lebih terperinci dan terkejut apabila mendapati ada mulut lengkap dengan gigi serta air liur. Dek kerana terkejut, dia menggigil ketakutan pada mulanya.

Sungguhpun kecacatan itu luar biasa, namun Ali tidak bercadang untuk menjual atau menyembelih haiwan ternakannya itu sehingga pakar mengetahui punca keabnormalan itu. –KLICK.MY