Hiburan Sensasi

Tawarkan Kerja Pada Intan Liana, Netizen Puji Aliff Syukri

SIAPA tak kenal Datuk Seri Aliff Syukri, nama yang sinonim dengan viral, apa sahaja dilakukan ahli perniagaan tersohor ini pasti mengundang viral di media sosial.

Seiring dengan isu-isu viral, dia juga sering berhadapan dengan kecaman hebat dari netizen yang takkan pernah berhenti mengecam dirinya tidak kira apa niat di setiap tindakannya.

Namun buat pertama kalinya netizen sepakat memuji usahawan kosmetik itu apabila Aliff dan isterinya Datin Shahida menawarkan pekerjaan kepada isteri pemuzik Ude Wahid, Intan Liana yang juga telah menjadi terkenal akibat kes perceraiannya beberapa minggu lalu.

Kisah Intan Liana yang bakal diceraikan Ude selepas lelaki itu menikahi pelakon Izreen Azminda sememangnya berjaya meraih simpati netizen tentang nasib Intan yang bakal bergelar ibu tunggal.

Ini kerana Intan menyatakan dia tidak tahu memandu dan tiada pekerjaan. Fakta ini membuatkan ramai netizen sedih dan marah pada masa yang sama mengenangkan masa depan Intan dan dua anaknya.

Boleh dikatakan tindakan pantas Aliff Syukri menangani isu ini amatlah patut dipuji kerana beliau akhirnya dilihat melakukan sesuatu dengan cara dan niat yang betul.

Intan ditawarkan menjadi model tudung keluaran Aliff yang baharu dan ini dipercayai merupakan job modeling pertama Intan selepas kisah perceraiannya viral di media sosial.

Baca komen netizen:

Semoga ramai lagi usahawan lain bertindak membantu golongan wanita yang memerlukan pertolongan untuk bangun berdikari demi kelangsungan hidup mereka. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.