Hiburan

Tauke Minta Orang Ramai Padam Video Isterinya Selepas Bersalin

MASIH belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Tauke Jambu atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria dan isteri kerana dikurniakan cahaya mata perempuan baru-baru ini.

Berita gembira itu turut dikongsi oleh Tauke di Instagramnya dengan memuat naik satu video menunjukkan keadaan isterinya selepas bersalin.

Namun, dek kerana terlalu gembira, video berkenaan juga mengundang kecaman ramai kerana secara tidak sengaja memperlihatkan dada isterinya.

Rata-rata netizen menggesa Tauke memadam video berkenaan dengan segera. Menyedari kesilapannya, Tauke akhirnya memohon maaf memadam video berkenaan.

“Salam sahabat yang mulia, maaf sebab terlambat turunkan video isteri bersalin hari itu. Maaf atas ke khilafan diri,” ujarnya.

Selain itu, Tauke juga meminta agar orang ramai yang berkongsi video berkenaan di laman sosial masing-masing memadam video tersebut.

“Nak minta tolong juga kalau ada sesiapa yang kongsi atau repost minta padam juga ya. Terima kasih kepada yang menegur,” katanya.

Tauke dan Nadia atau nama sebenarnya Nadia Mohd Effendi, 29, dalam sebuah majlis yang diadakan De’ Laman Event Space pada 9 Disember tahun lalu.

Pelawak berkenaan mempunyai enam orang cahaya mata hasil daripada tiga perkahwinan terdahulu. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.