Hiburan Sensasi Viral

Tatu Di Badan Shah Rukh Khan Dan Anak Curi Tumpuan

Siapa yang tidak kenal dengan hero filem Bollywood, Shah Rukh Khan ini. Bapa kepada tiga orang anak ini bukan sahaja hebat sebagai pelakon tetapi juga sebagai ayah.

Sekiranya mempunyai masa lapang, pasti dia akan menghabiskan masa bersama anak-anak terutamanya yang bongsu bernama AbRam Khan.

Anak kecil yang baru berusia empat tahun itu sering mengikuti bapanya. Baru-baru ini Shah Rukh Khan dan AbRam hadir menyaksikan perlawanan kriket.

Gelagat mereka berdua sering menjadi tumpuan kerana Shah Rukh Khan tidak pernah jemu melayani karenah anak bongsunya itu.

Namun kali ini, tumpuan orang ramai lebih tertumpu kepada tatu yang ada pada badan di bahagian dada Shah Rukh Khan dan anaknya itu.

Tatu kedua beranak ini sama dan ia kelihatan di sebalik baju yang dipakai. Tidak diketahui sama ada tatu jenis kekal atau sebaliknya.-KLICK.MY