Sensasi Terkini Viral

Tangan Melepuh Selepas Buang Tatu Guna Laser

Seorang pemuda dari Vietnam tidak menyangka niat untuk membuat tatu di tangan bertukar menjadi mimpi ngeri buatnya.

Menurut ibu kepada pemuda tersebut, Nguyen Ngoc My Phuong dia terkejut dan sedih melihat kulit tangan kiri anaknya melepuh.

Katanya lagi, anaknya pergi membuang tatu di tangan menggunakan rawatan laser di sebuah pusat rawatan. Namun, mengejutkan rawatan itu menyebabkan tangan anaknya melepuh.

Luahan ibunya di laman sosial menarik perhatian netizen. Melihat kepada keadaan tangan anaknya itu, memang agak mengerikan kerana kelihatan bonjolan-bonjolan air bisa di dalam kulitnya.

Nguyen juga sempat menulis dan menasihati kepada orang ramai yang ingin membuang tatu, berhati-hati serta dapatkan rawatan pakar.

Sementara itu netizen berpendapat, tangan mangsa telah dijangkiti kuman menyebabkan kulit tangannya melepuh. Ada juga berpendapat, rawatan laser yang digunakan mangsa tidak menggunakan kaedah mengikut prosedur betul.

Sepatutnya cahaya laser ditembak berulang kali di kawasan yang sama sehingga tangan mangsa melepuh. Jadi, daripada menanggung seksa membuang tatu, lebih baik tidak mencacahnya awal-awal.-KLICK.MY

Tag