Gaya Hidup Sensasi Terkini

Pengasas Habib Jewels Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun

SEBUT sahaja nama Habib Jewels pasti ramai yang terbayang kilauan barangan kemas dan berlian terutama golongan wanita.

Jenama Habib Jewels sememangnya terkenal di Malaysia. Lebih membanggakan, syarikat pembuatan dan penjualan barangan kemas ini adalah milik bumiputera.

Namun khabar duka baru diterima mengatakan pengasas Habib Jewels, Datuk Habib Mohamed Abdul Latif,92, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini kira-kira pukul 4.26 pagi tadi.

Allahyarham dikatakan tidak sedarkan diri sejak dua minggu lalu selepas mengalami kecederaan pada kepala dipercayai akibat terjatuh di rumahnya.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Kapitan Keling  selepas solat Zohor  dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak.

Mengasaskan jenama Habib Jewels sejak tahun 1958, kini legasi Allahyarham diteruskan oleh anaknya, Datuk Seri Meer Sadik. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen