Hiburan

Takziah, Ibu Penyanyi Akim Ahmad Meninggal Dunia

MENERUSI laman Instagram, semalam penyanyi dan pelakon Akim Ahmad berkongsi berita sedih kematian ibunya, Aminah Bahari yang berusia 54 tahun.

Namun begitu, Akim tidak memberitahu punca kematian ibunya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Innalillahiwa inna ilaihi roji’un. Dukacita saya ingin maklum ibu saya Aminah bt Bahari telah kembali ke rahamtullah sebentar tadi.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin yarabbal alamin.

“Ibu tenang ye kat sana, Insya Allah Akim akan kirimkan apa sahaja untuk ibu. Ibu rehat ye…,” tulisnya.

Terdahulu, Akim meminta pengikutnya di Instagram agar mendoakan kesihatan ibunya.

“Salam Jumaat…. mohon Jumaat penghulu segala hari, dapatlah doakan kesihatan ibu saya Puan Aminah Bte Bahari.

“Terima kasih untuk doa anda semua. Dipanjatkanlah, doa saya untuk kesihatan kalian juga,” katanya.

Rakan artis seperti Datuk Aznil Nawawi, Hazama, Radin Era, Aweera, Aiman Tino, Marsha Milan dan Along Cham serta peminatnya turut mengucapkan takziah kepada penyanyi itu dan keluarganya. –KLICK.MY

 

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen