Hiburan Terkini

Takziah, Bapa Sharifah Shahirah Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman

MALAM tadi perginya bapa kepada pelakon dan pengacara popular, Sharifah Shahirah. Berita tersebut disampaikan sendiri oleh Shahirah menerusi Instagramnya (IG).

Menurut Shahirah, bapanya, Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman menghembuskan nafas terkahir kira-kira jam 9.15 malam (11 Januari 2018) di Hospital Ampang.

“Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman atau Sulaiman Kati telah selamat ke Rahmatullah pada pukul 9.15 malam, 11 Januari 2018 di Hospital Ampang di samping isteri, anak2 dan sanak saudara.

“Semoga roh dicucuri rahmat. AlFatihah. Jenazah sekarang berada di rumah saya, Taman Melawati.

“Esok akan dikebumikan, insya-ALLAH bersebelahan dengan kubur arwah Mak Esah di perkuburan Klang Gate pukul 10 pagi,” tulisnya.

Selain itu, Shahira juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan ayahnya sebelun ini.

Terdahulu, Shahirah ada memuat naik gambar di IG ketika bapanya mendapatkan rawatan di hospital, beberapa hari lalu.

Difahamkan, bapa mereka mengalami jangkitan kuman di paru-paru. Semoga Shahira dan adik-beradik lain seperti Sharifah Haslinda dan Sharifah Sakinah tabah dengan dugaan yang menimpa. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.