Hiburan Terkini Viral

Takziah, Anak Bazli UNIC Menghembuskan Nafas Terakhir

Takziah kami ucapkan kepada salah seorang anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan kerana telah kehilangan anak tercinta, Syahid akibat penyakit kanser kelenjar tahap tiga pagi tadi.

Berita sedih ini diberitahu sendiri oleh Bazli yang memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen yang menyentuh perasaan di Instagram.

Adik Muhammad Syahid,3, menghembuskan nafas terakhirnya pada bulan Ramadan yang mulia ini. Anak syurga ini disahkan mempunyai kanser sejak Disember tahun lalu.

Syahid.. Ayah akan rindu nk baca quran dgn syahid lgi naaak.

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on

Rawatan demi rawatan diberikan namun Allah lebih sayangkan Syahid. Semoga Bazli tabah menghadapi ujian daripada Allah SWT ini. –KLICK.MY

Tag