Hiburan Terkini

Erra Akui Masih Rapat Tapi Tak Tahu Penghujung Hubungan Dengan Shahir

PELAKON Erra Fazira mengakui dia sendiri tidak tahu di mana penghujung hubungan istimewanya dengan penyanyi Shahir yang kerapkali dikaitkan dengan pelbagai kontroversi.

Menyedari ramai peminat tidak merestui hubungannya dengan Shahir, Erra mengharapkan peminat mendoakan yang terbaik buatnya dan dia menyerahkan hal jodoh kepada takdir Allah.

Tambah Erra, orang luar senang mempertikaikan keputusannya yang masih meneruskan hubungan rapat dengan Shahir tetapi hanya dirinya yang melalui kehidupan lebih tahu segalanya.

“Apa saya boleh katakan, doakan yang terbaik buat saya. Mungkin sekarang kita nampak seseorang itu banyak masalah tetapi di penghujungnya mungkin dia lebih baik daripada mereka yang tidak punya masalah hari ini.

“Saya dengar dan hargai semua nasihat yang diberikan, dalam masa yang sama saya minta pada Allah SWT agar diberikan petunjuk serta dipermudahkan perjalanan. Orang cakap saya sepatutnya kahwin dengan orang seperti ini, seperti itu. Senanglah hidup jika situasinya begitu,” ujar Erra.

Erra bagaimanapun menafikan gosip menyatakan dia dan Shahir bakal berkahwin Mac depan dan meminta agar berhenti bertanyakan soal peribadi mengenai Shahir kepadanya lagi.

Image result for ERRA FAZIRA 2018

“Tiada perancangan kahwin buat masa ini. Tahun ini perancangan saya ialah fokus kepada kerja,” jelasnya pada sidang media semalam yang diadakan bagi mengumumkan syarikat pengurusannya yang baru . –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen