Terkini Viral

Tak Tahan Dihina, Nur Sajat Buktikan Dirinya Wanita

Terperangkap dalam badan lelaki sedangkan nalurinya seorang perempuan memang menyeksakan buat usahawan popular, Nur Sajat.

Jantinanya sering dipersenda dan dikeji dengan panggilan ‘pondan’ dan ‘mak nyah’. Sungguhpun begitu, Nur Sajat sudah lali dengan panggilan tersebut dan tidak mempedulikannya.

Namun apabila ia menjadi tular sehingga ada yang bertekak sama ada memihak atau tidak kepada usahawan berjaya ini, Nur Sajat tidak boleh duduk diam.

Tidak mahu terus menjadi pertikaian, akhirnya Nur Sajat mengambil keputusan untuk mendedahkan rahsianya. Dia mendakwa, dia sebenarnya seorang ‘khunsa’ iaitu memiliki dua alat kelamin.

Bagi membuktikan dakwaannya, Nur Sajat turut mendapatkan pengesahan daripada pihak hospital mengenai jantinanya yang terarah kepada wanita.

Bukti itu kemudiannya dimuatnaik di Instagram.

Jadi sekarang sudah terjawab persoalan yang selama ini menjadi pertikaian di kalangan netizen.

Diharapkan tidak ada lagi yang tergamak mempersoalkan jantina Nur Sajat memandangkan khunsa adalah makhluk istimewa ciptaan Allah SWT jua.  -KLICK.MY