Hiburan

“Tak Sedar Ke Diri Tu Dah Tua”-Jasmin Hamid Dikecam Tak Bertudung

PELAKON Jasmin Hamid semalam meluahkan rasa kecewa dan tergores dengan seorang netizen yang menghantar ‘direct message’ (DM) di Instagramnya dengan kata-kata yang kasar.

Menurut Jasmin, walaupun individu tersebut menghantar mesej secara tertutup, namun ia tetap menggores perasaannya.

Segalanya bermula kerana beberapa hari yang lepas Jasmin memuat naik sebuah video seorang penceramah memberi tazkirah mengenai malam lailatul qadar.

Individu tersebut seakan-akan tidak berpuas hati dan bertindak mengecam Jasmin dengan kata-kata yang kesat.

Sebagai peringatan kepada orang lain, Jasmin bertindak memuat naik ‘screenshot’ mesej tersebut di Instagramnya.

Individu tersebut kononnya memberi nasihat dan teguran tetapi ayat-ayat yang digunakan amat menyakitkan hati dan biadap.

Jasmin mempersoalkan begitukah cara menasihati orang lain dengan kata-kata yang kesat.

“Alhamdulillah. Walaupun kamu hantar DM tapi kata-kata kamu telah menggores perasaan saya.

“Tidak bermakna kamu DM, kamu boleh cakap apa sahaja tanpa mengira perasaan orang lain dengan alasan tidak mahu mengaibkan. Beginikah cara kamu untuk mengajak orang menuju ke jalan Allah?

“Jahatnya mulut orang lelaki sekarang ni??? Apakah??? Itu dosa saya dengan Allah dan bagaimana pula dosa kamu dengan orang yang kamu gores perasaannya?

“Adakah kamu sudah pasti bahawa segala amalan kamu diterima Allah dan kamu sempat bertaubat sebelum dijemput pulang nanti? Kerana itu semua rahsia Allah. Adakah Islam ini kerjanya hanya bercerita tentang hukum dan api neraka sahaja?

“Kenapa tidak kamu bercerita dan memberitahu kepada kami yang kamu anggap jahil dan menjadi bara api neraka ini tentang indahnya Islam untuk lembutkan hati kami agar kami lebih dekatkan diri pada-Nya. Beginikah cara orang yang mempunyai iman berbicara?,” luahnya.

Menurut Jasmin lagi, dia pernah mengenali orang yang tinggi ilmu agamanya tetapi tidak pernah menghukum orang lain.

Malah, kata-kata mereka amat lembut dan menyenangkan hati sehingga dia ingin mendekatinya.

“Saya hanya hamba-Nya yang lemah dan tidak pernah terlepas daripada membuat kesilapan.

“Saya juga berusaha mencari jalan yang diredhai Allah. Kalau begini cara kamu berdakwah, tidak mustahil orang yang kamu anggap jahil akan pergi jauh dari kamu. Jangan sampai segala amalan kamu bocor kerana riak.

“Jangan takbur dengan ilmu yang kamu ada kerana Allah Maha Mengetahui. Jaga adab apabila masuk rumah orang kalau kamu rasa kamu penuh iman di dada,” tulisnya.

Sementara itu, Jasmin juga sempat mengaitkan kejadian ini dengan drama yang sedang tular berjudul Nur yang ditayangkan di TV3.

“Inilah mesej yang ingin disampaikan dalam drama #nur untuk buka mata masyarakat yang hanya tahu menghukum, bukan mahu mendidik ke jalan Allah.

“Ramai lah pula lagi yang nak kena block ni. Sibuk sangat tentang tudung. Macam mana pula dengan orang yang bertudung tapi tak solat, masih lakukan kemungkaran dan bertudung tapi tidak menurut syariat Islam?

“Adakah tudung hanya ingin tutup mulut manusia sahaja? Ini yang banyak terjadi sekarang terutama waktu buka puasa di luar sampai terlepas solat Maghrib,” katanya.

Tak salah untuk beri nasihat tetapi jagalah tutur kata agar orang yang ditegur itu tidak tergores hatinya.

Anda menyampaikan teguran dan nasihat tetapi kata-kata anda begitu kesat sekali. Adakah orang akan ikut kata-kata anda itu? Fikir-fikirkanlah! –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.