Sensasi Terkini

‘Tak Makan Dek Saman’, Da’i Wan Dazrin Kecewa Sikap Instafamous

SEBELUM ini pendakwah muda, Da’i Wan Dazrin pernah menegur dan memberi nasihat kepada beberapa orang Instafamous lelaki yang membuat video parodi berpakaian perempuan.

Menurutnya lelaki berpakaian dan berlagak seperti perempuan adalah satu kesalahan di sisi agama Islam.

Berkaitan: Menyerupai Wanita Tetap Dilaknat Walau Untuk Parodi – Da’i Wan

Beliau bimbang jika gejala ini menjadi lebih parah dalam kalangan masyarakat dan membentuk budaya tidak bermoral.

Namun, ibarat mencurah air ke daun keladi, teguran Da’i Wan seolah-olah tidak dipedulikan oleh Instafamous ini.

Terbaharu, dalam kenyataan di laman Instagram, Da’i Wan sekali lagi menegur Instafamous bernama Faiz Roslan kerana masih berdegil memuat naik video parodi berpakaian wanita bersama rakan-rakannya.

Berikut adalah teguran Da’i Wan:

“Kamu muncul semula dengan parodi ke-2, siap pakai hashtag #NerakaIsBack #MohonKecam.

“Saya dah warning jangan buat lagi, kamu buat lagi. Sekarang kamu perlu berhadapan dengan saya lagi. Saya nak beritahu, dengan penulisan saya, ia boleh jadi viral dan kamu akan rasa kesusahannya nanti. Sebab itu jangan cabar saya menulis lagi untuk kamu. Saya boleh susahkan kamu dengan kuasa viral yang ada pada zaman ini, Faiz.

“Now, saya dah tahu. Kamu dan kawan-kawan sama sahaja, tak mahu dengar nasihat, sengaja cari pasal. Sekarang kamu boleh bergembira @thefaizroslan dengan parodi yang kamu buat, kamu tak dengar nasihat orang, kamu buat ikut rasa hati, ikut suka kepala kamu sendiri. Sekarang kamu tak nampak kemurkaan Allah lagi, tapi kamu akan nampak kemurkaan manusia pada kamu selepas ini. Tunggu sahajalah.

“@thefaizroslan, percayalah. Tiada siapa pun yang suka dengan perbuatan kamu yang sebegini. Kamu nak apa, Faiz? Perhatian? Mengapa kamu nakkan perhatian dengan cara begini sedangkan banyak lagi jalan yang tak menghina diri sendiri.

“Mengapa kamu sia-siakan waktu kamu dengan kerja seperti ini. Hiburan di dunia ni sekejap sahaja Faiz. Jangan jadikan yang sekejap itu ‘Fast track’ ke neraka, itu tindakan org yang dungu, Faiz. Satu lagi, neraka jangan sesekali dibuat main, kamu takkan mmpu terbayangkan betapa azab / pedihnya nanti. “Terlupakah kamu, yang kamu tak lama hidup di dunia. Malaikat kiri kanan mencatat semua amalan kamu, buku amalan akan dihisab. Diserah pada tangan kiri habislah semua rasa seronok yang pernah kamu rasa di dunia.

“Bahkan hari ini 1 Ramadan (semalam). Tergamak kamu cemarkan hari yang suci ini dengan perbuatan parodi kamu yang hina. Come on, have common sense a bit. Tak boleh fikir ke ni bulan Ramadan?

“Kalau kamu tak ‘delete’, saya tekad akan terus tegur kalian secara terbuka. Saya akan pastikan satu Malaysia khususnya umat Islam kenal kalian, tahu pasal aib kalian, dan tegur kalian secara terbuka.

“Sebab kalian sudah pun melakukan kesalahan secara terbuka bahkan dengan sengaja untuk kali ke-2. Maka saya dan barisan addu’at yang lain akan pastikan kalian terus ditegur sampai kalian tarik semula perbuatan kalian ini. Take note that,” tulisnya.

Terimalah teguran dengan  hati yang terbuka. Yang haram tetap haram, ia tidak boleh diubah. Semoga satu hari nanti Faiz dan rakan-rakan sedar dan menerima hidayah Allah SWT. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.