Hiburan

“Tak Ada Sebab Saya Nak Minta Maaf, Sememangnya Itu Berlian Palsu”-Aishah

KEMELUT antara penyanyi Aishah dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida terus berpanjangan.

Setelah Aishah mengadakan sidang akhbar menuntut dua perkara, tidak lama selepas itu Vida pula berbuat perkara yang sama namun menuntut tiga perkara.

Berkaitan: Dakwa Berlian Pemberiannya Palsu, Vida Pula Tuntut Aishah Mohon Maaf

Kedua-duanya menuntut masing-masing membuat permohonan maaf. Namun kenyataan terbaharu daripada Aishah sebagai tindak balas daripada tuntutan yang dibuat oleh Vida memberi bayangan ia sukar diselesaikan dengan cara baik.

Aishah menegaskan tiada sebab dia ingin meminta maaf kerana kenyataannya tentang berlian palsu tersebut dibuat selepas mendapat pengesahan daripada pakar gemologi.

“Tak ada sebab saya nak minta maaf kerana sememangnya barang kemas yang saya dapat adalah berlian palsu. Bukan lab diamond bukan mossainite swiss diamond tetapi Swarovski cubic zirconia.

“Mana mungkin saya tarik balik kenyataan berlian palsu itu sedangkan pakar gemologi telah pun mengesahkannya,” ujar Aishah seperti dilaporkan mStar Online.

Penyanyi Janji Manismu ini juga menegaskan dia tidak akan menarik balik kenyataan itu berikutan ia merupakan perjuangan yang melibatkan maruah anak seni.

Katanya, program realiti Gegar Vaganza yang disertai itu bersifat menang-menang antara penaja dan artis.

“Di mana integriti dan kredibiliti saya seandainya saya menarik balik kenyataan yang benar hanya kerana dia menawarkan barang kemas yang tak palsu.

“Ini melibatkan maruah kami sebagai anak seni, kami punya bakat dan kebolehan yang orang lain tak ada. Penaja ada duit untuk menaja program.

“Saling memerlukan situasi menang-menang apabila perkhidmatan kami buat sebaik mungkin dan pihak penaja sudah mendapat liputan yang meluas untuk produk mereka. Jadi mereka kenalah tunaikan ganjaran yang dijanjikan,” katanya.

Tambah Aishah, sebagai artis berpengalaman, dia berhak bersuara dan mempertahankan perkara itu.

Menurutnya, jika perkara itu didiamkan dan akan berterusan serta merosakkan industri itu sendiri. –KLICK.MY

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.