Hiburan Terkini

Tahniah, Shila Amzah Bakal Akhiri Zaman Bujang April Depan

BARU sahaja merangkul anugerah tempat kedua pada acara Global China Music Chart for CCTV di China, Shila Amzah kemudiannya tersenarai pula dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018.

BACA: Shila Amzah Menang Anugerah Di Global China Music Chart For CCTV

Tahun lalu menyaksikan pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa dan pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof telah berjaya tersenarai dalam Forbes 30 under 30 di Asia di bawah kategori runcit dan e-dagang.

BACA: Tahniah, Neelofa Tersenarai Dalam Forbes 30

Tahun ini tiba pula giliran Shila yang tersenarai di bawah kategori selebriti.

Kegembiraan itu terus berlanjutan apabila menerima perkhabaran terbaharu daripada pelantun lagu Patah Seribu ini, bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada 19 April depan.

Menurut Astro Awani, Shila memberitahu dia ini sibuk dengan karier seni tetapi dalam masa yang sama turut sibuk dengan persiapan perkahwinan.

“Walaupun sibuk dengan jadual yang padat untuk karier, saya juga sibuk dengan persiapan perkahwinan yang akan berlangsung 19 April ini.

“Sebagai penggiat seni saya akur terpaksa berulang alik terutama ke China kerana saya juga perlu memenuhi permintaan di sini,” katanya.

Shila dan pilihan hatinya telah mengikat tali pertunangan pada 3 November tahun lepas di kediaman keluarganya di Cheras.

BACA: Shila Amzah Temui Cinta, Selamat Bertunang Dengan Kekasih Hati

Tahniah buat Shila kerana kejayaan demi kejayaan yang diperolehi dan tahniah juga kerana bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Jangan lupa jemput kami ya! –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen