Hiburan Sensasi Terkini

Tahniah, Neelofa Tersenarai Dalam Forbes 30

Tiada apa yang dapat diperkatakan selain tahniah buat pelakon dan pengacara Malaysia, Neelofa. Usahawanita berjaya ini tersenarai antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

 

Bukan calang-calang orang yang boleh tersenarai dalam majalah terkemuka dunia ini. Pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd ini, tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang.

 

Neelofa sememangnya layak kerana dia merupakan antara artis paling berjaya dalam bidang perniagaan. Dia juga mempunyai jenama pakaian wanita muslimah, Neelofar hijab yang menjadi kegilaan wanita.

 

Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.

 

Semua individu yang menerima penghargaan itu berusia di bawah 30 tahun dan dipilih oleh para penilai yang merupakan antara tokoh terkemuka dalam bidang mereka masing-masing.

 

Semoga kejayaan Neelofa memberi contoh dan tauladan kepada artis yang lain agar tidak mengharapkan dunia seni semata-mata.-KLICK.MY