Hiburan Sensasi Viral

Selepas 30 Tahun Menyanyi Nassier Wahab Terima Pingat Datuk

Penyanyi yang sentiasa kelihatan muda, Nassier Wahab, 55, dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Penyanyi popular tahun 80-an ini memuat naik gambarnya di Instagram ketika majlis penganugerahan berkenaan sambil melahirkan rasa syukur.

Rata-rata followers mengucapkan tahniah dan mengatakan Datuk Nassier memang layak menerima anugerah tersebut.

Penglibatan Nassier Wahab dalam industri hiburan tanah air selama 30 tahun akhirnya dihargai.

Beliau merupakan salah seorang daripada 158 penerima darjah-darjah kebesaran dan pingat-pingat negeri Pahang Darul Makmur yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kami mengucapkan tahniah kepada Datuk Nassier dan semoga bapa kepada seorang anak ini terus memperjuangkan karier seninya. –KLICK.MY