Hiburan Sensasi Terkini

Tahniah, Janna Nick Berjaya Beli Rumah Pada Usia Muda

Pelakon yang sedang meningkat naik, Janna Nick baru-baru ini telah memuat naik gambarnya berada di rumah baru.

Dia juga bersyukur dan teruja kerana tidak menyangka dapat memiliki rumah sendiri dalam usia yang muda. Rezekinya dalam bidang lakonan tidak sia-sia malah boleh dijadikan contoh kepada generasi muda.

Bayangkan pada usia 21 tahun dia sudah pun mampu memiliki rumah sendiri hasil kerja kerasnya selama ini.

Rata-rata followers turut berkongsi kegembiraan dan bangga kerana artis kesayangan mereka mampu memiliki rumah sendiri dalam usia muda.

Menurut Janna, dia memuat naik gambar tersebut bukan niat untuk menunjuk sebaliknya memberi dorongan kepada yang lain untuk mengumpul aset dan berjimat cermat.

Apa-apapun, tahniah kami ucapkan kepada Janna kerana berjaya mencapai matlamat dan impiannya untuk memiliki rumah dalam usia 21 tahun.-KLICK.MY