Hiburan Sensasi Terkini Viral

Tahniah, Isteri Hafiz Suip Hamil Setelah Setahun Menanti

Bagi pasangan yang baru berkahwin, sudah pasti tidak sabar menunggu untuk menimang cahaya mata. Setelah setahun berkahwin tetapi masih belum ada tanda-tanda kehamilan, ia pasti mendatangkan kegusaran.

Begitulah yang dialami oleh Hafis Suip dan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah. Namun yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua.

Berita kehamilan isterinya itu dikongsi oleh Hafiz menerusi Instagram melalui sebuah klip video. Dalam video tersebut, kelihatan isterinya sedang diperiksa oleh doktor.

Tiada kata yang boleh diucapkan selain bersyukur kehadrat Ilahi kerana akhirnya impian mereka untuk menimang cahaya mata bakal termakbul.

Assalamualaikum semua,Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi.. #hafizsuipjourney #hafizeffyjourney

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

Dikhabarkan kandungannya kini sudah masuk 11 minggu. Tahniah diucapkan buat pasangan ini. Semoga kandungan dan isterinya berada dalam keadaan sihat. –KLICK.MY