Hiburan Sensasi Terkini

Tahniah, Hafiz Hamidun Selamat Bertunang!

Alhamdulillah dan tahniah buat Hafiz Hamidun kerana telah selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan, Joy Revfa.


Wanita yang juga pengasas kosmetik merupakan ibu tunggal itu menjadi pilihan Hafiz untuk dijadikan isteri.

Baru-baru ini nama Hafiz Hamidun kembali meledak berikutan kes samannya terhadap sebuah gedung pakaian terkenal yang menggunakan namanya untuk produk mereka.

Beberapa hari kes tersebut menjadi viral, tiba-tiba berita tentang hubungan dengan pengasas kosmetik ini pula mengambil alih.

Majlis pertunangan ini berlangsung dalam sebuah majlis khas bertempat di The Vanue, Shah Alam.

Hafiz bakal melangsungkan perkahwinan pada 1 Mei depan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Semoga pertunangan ini sampai ke jenjang pelamin. Tahniah sekali lagi kami ucapkan.-KLICK.MY

Gambar Bertunang: Gempak Astro