Gaya Hidup

Tahniah! Gadis Malaysia Rangkul Tempat Ke-5 Ratu Cantik NZ

KISAHNYA pernah menjadi tumpuan netizen kerana menjadi satu-satunya peserta Asia, beragama Islam dan bertudung pertama berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik Miss Universe New Zealand (NZ) 2018.

Berkaitan: Nurul Shamsul, Gadis Melayu Pertama Sertai Ratu Cantik New Zealand

Acara kemuncak telah berlangsung kira-kira pukul 4 petang (8 malam waktu New Zealand), semalam.

Walaupun tidak berjaya mendapat tempat pertama, namun Nurul Zuriantie yang merupakan gadis kelahiran Malaysia tetap gembira apabila berjaya mendapat tempat kelima.

Perkara itu diumumkan dalam halaman Facebook Miss Universe New Zealand, Sabtu malam waktu Malaysia.

Sementara itu, Nurul menerusi laman Instagramnya, melahirkan rasa syukur kerana berjaya mendapat tempat kelima.

“Alhamdulillah untuk tempat ke-5! Terima kasih kepada semua untuk cinta dan sokongan anda! Ia sangat bermakna! Ini hanya permulaan dan saya tidak boleh tunggu apa yang Allah rancang untuk saya !!! Hari ini juga hari jadi ke-21 saya jadi saya akan teruskan perjalanan seterusnya dalam hidup!”, tulisnya.

Nurul yang berpindah ke New Zealand ketika berusia lima tahun ini kelihatan anggun berhijab warna emas dan menyarungkan busana berperincian rona yang sama.

Sementara itu, peserta berusia 27 tahun, Estelle Curd dimahkotakan sebagai pemenang Miss Universe New Zealand 2018, sekali gus mewakili negara itu bagi pertandingan Miss Universe ke-67 yang bakal berlangsung di Bangkok, akhir tahun ini. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.