Hiburan Sensasi Terkini Viral

Fazura Gembira, 2 Single Duduki Tempat Teratas Carta iTunes

Tahniah buat pelakon dan penyanyi jelita Fazura kerana dua lagi singlenya menduduki tempat teratas, pertama dan kedua di carta iTunes.

Single berjudul Bisa Apa berada di tempat pertama manakala single berjudul Bangun mendapat tempat kedua.

Apa yang membuatkan Fazura gembira dan bersyukur, lagu Bisa Apa hanya dilancarkan tidak sampai sejam pada tengah malam tadi namun berjaya berada di carta nombor satu.

Malah dia juga terkejut apabila lagu Bangun berada di tempat ke-2 dari tempat ke-4. Fazura memuat naik gambar carta tersebut di Instagramnya dan ia mendapat ucapan tahniah dan pujian daripada pengikutnya.

Kalau sebelum ini, lagu duet antara Fazura dan Fattah Amin juga pernah menduduki tempat pertama dalam carta iTunes menerusi lagu berjudul Cinderella yang menjadi lagu OST drama Hero Seorang Cinderella.

Kini kejayaan itu diteruskan menerusi dua singlenya ini. Walaupun suaranya sering dipertikaikan, itu tidak menghalang lagu-lagunya menduduki carta teratas.

Syabas buat Fazura dan jangan putus asa dalam bidang nyanyian walaupun menerima pelbagai kritikan. –KLICK.MY

Tag