Hiburan Sensasi Terkini

Syamsul Yusuf Kongsi Gambar Anak Sulung Di Laman Sosial

Wah, tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof dan juga isterinya, Puteri Sarah Liyana kerana sudah memiliki cahaya mata sulung!

Pengarah hebat itu memuat naik gambar anak sulungnya di Instagram miliknya namun tidak dinyatakan bila tarikh dan masa anaknya itu dilahirkan.

Namun dilihat daripada gambar, kulit bayi masih mengelupas mungkin ia baru sahaja beberapa jam dilahirkan.

Semoga Puteri Sarah berada dalam keadaan sihat walafiat. Menurut Syamsul, anak sulungnya itu diberi nama Syaikhul Islam Bin Mohd Shamsul sekaligus menjelaskan jantina bayi comel itu.

Syamsul juga berdoa agar anak sulungnya itu menjadi pejuang Islam tidak kira dalam apa jua bidang. Malah dia juga berterima kasih kepada isterinya.

Berita gembira itu turut dikongsi bersama peminat-peminat. Rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.

Semoga kehadiran ini, menambahkan lagi rezeki dan berkat buat Syamsul dan keluarga. Kami di sini mengucapkan tahniah sekali lagi.-KLICK.MY