Sensasi Terkini Viral

Syamsul Debat Beri Keterangan Isu Ganggu Isteri Orang

BARU-BARU ini penceramah bebas, Syamsul Debat atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail, 41, didakwa mempunyai skandal dan mengganggu isteri orang.

Bagaimanapun sehari  selepas itu, Syamsul menafikan dakwaan tersebut.

BERKAITAN: Syamsul Debat Nafi Ada Hubungan Dengan Isteri Orang

Semalam, Syamsul Debat hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan untuk memberi keterangan berhubung dakwaan berkenaan.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, penceramah itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan pada pukul 11 pagi.

Menurutnya, Syamsul memberi keterangan susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 51 tahun dari Johor pada Sabtu lalu.

“Polis sudah melengkapkan keterangan semua pihak iaitu Syamsul Debat, pengadu dan isteri pengadu yang berusia 39 tahun. Setakat ini polis masih meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo Online.

Semoga kes ini dapat diadili dengan baik agar tiada pihak yang teraniaya. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.