Hiburan Sensasi Terkini

Sweetnya Apabila Aeril Zafrel Bergurau Senda Dengan Isteri Dan Anak

Kalau anda perasan dan menjadi pengikut di Instagram pelakon kacak, Aeril Zafrel, dia sering memuat naik gambarnya berswafoto dengan isteri, Wawa Zainal dan anak.

Setiap kapsyen yang diberi pula sering mengundang tawa dan senyuman. Pelakon ini memang ‘gila’gila’ sikit perangainya. Suka bergurau senda orangnya.

Bukan sahaja dengan peminat atau media, Aeril juga mudah bergurau dengan isteri dan anak. Ada beberapa gambar menarik perhatian dengan kapsyen yang lucu.

Kalau anda peminat setia Aeril Zafrel, pasti akan melekat di depan tv setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam kan? Apa tidaknya aksi hangat pelakon ini dapat disaksikan dalam drama berjudul Nahu Rindu bergandingan dengan Ummi Nazeera.-KLICK.MY