Terkini Viral

Untuk Muhasabah: Surat Terbuka Mufti Buat Neelofa

KEJUTAN yang tercetus gara-gara tindakan Neelofa melancarkan jenama hijab miliknya di sebuah kelab malam masih menjadi perbincangan hangat di media sosial sejak kelmarin.

Pelbagai nasihat dan teguran diberikan tidak henti-henti bukan sahaja oleh netizen malah golongan agama dan berpengaruh berkenaan hal ini.

Malam tadi, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri turut menulis sebuah surat terbuka buat Neelofa yang merupakan pengasas Naelofar Hijab.

Surat terbuka itu disiarkan di laman web rasmi Pejabat Mufti WP KL. Berikut kandungannya:

Kami berpendapat bahasa yang digunakan oleh mufti itu amatlah lembut, bersifat memujuk dan mengajak ke arah kebaikan. Ianya seperti nasihat seorang ayah buat anak gadisnya, mudah-mudahan dengan ini hati Neelofa terbuka untuk menerima nasihat dan cadangan yang diberi.

Secara tak langsung surat ini merupakan nasihat buat semua umat Islam lain yang terlibat secara langsung atau tidak dalam isu ini. Sebagai manusia kita tidak lari daripada khilaf namun segeralah kembali ke landasan yang benar sebaik sahaja ditunjukkan jalan olehNya. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.