Hiburan

Suka Lagu Jatuh Bangun, Adibah Noor Tegur Sebutan Inggeris Haqiem Rusli

IBARAT ibu dan anak, penyanyi Adibah Noor menegur penyanyi muda, Haqiem Rusli berkenaan sebutan Inggeris dalam lirik lagu terbaharunya.

Haqiem sebelum ini terkenal dengan lagu berjudul Segalanya dan Tergantung Sepi telah muncul dengan single terbaharunya berjudul Jatuh Bangun.

Seperti dua lagu sebelum ini, lagu ini juga mendapat sambutan pendengar. Lagu berentak rancak ini mendapat maklum balas yang pelbagai daripada peminat Haqiem.

Malah, bertambah menarik, lagu ini turut menampilkan lirik bahasa Inggeris di mana ia dilihat sebagai percubaan berani Haqiem untuk mencari kelainan.

Lirik tersebut mendapat perhatian Adibah apabila dia bertindak menegur sebutan Inggeris yang dilontarkan oleh Haqiemn di laman Twitter,

“Dear adik Haqiem Rusli, Aunty suka sangat lagu Jatuh Bangun adik tu. Beat catchy, suara pun sedap. Sesuai dengan cita rasamuzik terkini.

“Cuma part English tu, apakemendanyelaaa yang adik sebut tu? Thanks. Love, Aunty Diba,” tulisnya.

Tweet Adibah telah mendapat perhatian daripada ramai netizen yang turut bersetuju dengan teguran tersebut.

Manakala Haqiem pula terharu dengan teguran daripada seorang penyanyi yang lebih senior. Malah, dia turut menyelitkan lirik Inggeris yang ditegur oleh Adibah.

Ada yang mencadangkan agar Haqiem agar memperbaiki sebutan bahasa Inggerisnya dengan Adibah yang sebelum ini merupakan guru bahasa Inggeris.

Bagaimanapun ada juga segelintir di antara mereka yang cuba mermpertahankan Haqiem dengan memberikan pelbagai alasan.

Apa pun semoga Haqiem melihat teguran ini dengan hati yang terbuka dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada untuk menjadi penyanyi yang lebih baik pada masa akan datang. –KLICK.MY