Hiburan

Sufie Rashid Terkilan Haqiem Rusli Guna Intro Lagu Baharunya Tanpa Izin

NAMPAK gayanya masih belum reda kontroversi melanda penyanyi Haqiem Rusli berkenaan lagu terbaharunya berjudul Selamat Tinggal Sayang.

Sebelum ini penyanyi, Ernie Zakri, Wany Hasrita dan Ara Johari terkilan dengan taktik yang dilakukan oleh sebuah stesen radio dan Haqiem mempergunakan mereka untuk mempromosi lagu Selamat Tinggal Sayang ini.

Malah Haqiem yang kononnya sebelum ini mengalamai depresi hingga mahu berhenti menyanyi rupa-rupanya hanya gimik untuk lagu baharunya ini.

Terbaharu, tampil pula penyanyi dari Singapura, Sufie Rashid membuat kenyataan bahawa dia terkilan dengan tindakan Haqiem yang menggunakan ‘intro’ lagu barunya, Selamat Tinggal Sayang tanpa keizinan Sufie selaku penyusun muzik asal.

Menurut Sufie, muzik itu disusun olehnya sekitar tahun lalu, namun terkejut apabila mendapati ‘intro’ Selamat Tinggal Sayang sama dengan susunan yang dibuatnya.

“Apabila ramai yang berkongsi lagu itu di media sosial, saya pun dengarkannya. Memang tak sangka susunan muzik yang saya buat dalam bentuk demo untuknya, dijadikan ‘intro’ untuk lagu baru itu,” katanya seperti dilaporkan harian Metro Online.

Tambah Sufie, dia bukanlah mahukan penghargaan berlebih-lebihan atau bayaran, sebaliknya kalau diminta izin mengikut prosedur yang sepatutnya adalah lebih baik.

“Sebelum dia menempa nama seperti hari ini, selalunya dia akan buat demo dengan menggunakan gitar. Sebagai orang yang boleh dikatakan rapat dengannya, saya nak sokong apa yang dia lakukan.

“Satu hari, dia beritahu saya yang dia nak buat demo yang lebih ‘proper’, jadi saya susun semula lagu itu dan mainkan dengan piano.

“Saya tak tahu sama ada ini salah Haqiem sendiri atau pihak pengurusannya. Kalau dia minta izin untuk gunakan demo yang saya buat itu atau kredit nama sebagai penyusun, tak jadi masalah. Ini tidak,” katanya.

Sufie menegaskan bahawa tindakan itu sangat murahan dan dia sendiri pun tahu hakikat bahawa lagu itu bukanlah ciptaan Haqiem sepenuhnya.

“Murah sangatlah kalau sekadar curi idea orang lain dan kredit nama sendiri. Lagi pula, lagu itu pun bukan ciptaan dia sepenuhnya, tapi bersama seorang rakannya,” katanya lagi.

Sufie turut berkongsi rasa terkilannya itu di Facebook dan Instagram miliknya pada tengah malam semalam dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Malah, Haqiem turut memberi respon dalam ruangan komen di Instagram milik Sufie. Menurut Haqiem, tindakan Sufie tersebut telah membuka ruang untuk orang ramai mengecamnya.

Membalas kembali komen itu, menurut Sufie dia mahu Haqiem mengingati pesanannya sebelum ini.

Apapun, semoga rakan baik ini tidak terus berbalah dan saling bantu-membantu. Buat Haqiem, inilah harga yang perlu dibayar apabila diri semakin dikenali. Jadi, jangan mudah putus asa! –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.