Hiburan

Sudah Tiga Kali Keguguran, Jamal Abdillah Bawa Isteri Jumpa Pakar

PENYANYI legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah berkongsi kisah sedih apabila isterinya, Zai Izzati Khairuddin, 24, sudah tiga kali keguguran sejak setahun lebih mereka mendirikan rumah tangga.

Justeru Jamal membawa isterinya berjumpa pakar bagi mendapatkan rawatan menguatkan rahim di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

“Sehingga kini belum ada rezeki zuriat lagi kerana sudah tiga kali keguguran.

“Saya sudah membawa dia berjumpa pakar untuk mendapatkan rawatan dan kuatkan rahim,” ujarnya seperti dilaporkan mStar Online.

Zai merupakan perkahwinan Jamal kali keempat. Sebelum ini, Jamal berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Dalam pada itu, bercakap tentang kehidupan rumah tangga, Jamal berkata, kehidupannya kini lebih tenang dan teratur.

“Seperti orang lain badan saya makin berisi, hidup lebih tenang dan semuanya teratur sahaja.

“Dia ada datang tapi duduk seorang-seorang kerana tiada kawan, kesian juga kalau bawa dia ke majlis hiburan kerana dia masih belum biasa,” ujarnya.

Semoga pasangan ini diberi rezeki untuk menimang cahaya mata satu hari nanti. Jamal mempunyai dua orang anak lelaki dalam perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.