Gaya Hidup Terkini

Sudah Jodoh, Pernah Terakam Gambar Bersama 18 Tahun Lalu

KALAU sudah jodoh tidak akan ke mana. Begitulah yang berlaku atas pasangan suami isteri dari China ini.

Mereka telah berkahwin selama lima tahun namun tidak menyangka mereka sebenarnya pernah ‘bertemu’ semasa zaman remaja, hampir dua dekad lalu.

Pasangan suami isteri dari Chengdu itu dirakam dalam gambar yang sama tanpa pengetahuan mereka, kira-kira 18 tahun lalu.

Si suami hanya dikenali sebagai Ye dan isterinya, Xue ketika itu melawat Dataran May Fourth di bandar Qingdao pada bulan Julai 2000.

“Kami memang saling tidak mengenali dan apabila melihat gambar tersebut ia membuatkan bulu roma saya meremang.

“Saya anggap ia satu kebetulan yang membahagiakan,” kata Ye.

Setelah mengetahuinya, mereka kembali bersama untuk bergambar.

Kedua pasangan itu bertemu pada 2011 selepas diperkenalkan oleh rakan masing-masing. –KLICK.MY

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.