Sensasi Terkini Viral

Subhanallah, Jenazah Thaqif Masih Utuh Ketika Digali Semula

Bapa saudara kepada Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 10, yang meninggal dunia pada 26 April lalu terkejut ketika melihat jasad anak saudaranya itu masih elok dan tidak berbau ketika digali semula.

Berita mengenai kejadian tersebut tular di laman sosial sejak semalam setelah diceritakan oleh Mas Arip kepada majalah Mingguan Wanita.

Menurut Mas Arip, kubur adik Thaqif digali semula oleh pihak hospital dengan kebenaran daripada mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya.

Hal ini kerana sampel yang diambil sebelum ini, tidak berhasil menemui apa yang menjadi punca kematiannya.

Ketika proses penggalian semula dilakukan, Mas Arip bersama bapa mertuanya, Ahmad Motai menjadi saksi bagi pihak keluarga.

Menurut Mas Arip, ketika itulah dia melihat kebesaran Allah di mana kaki adik Thaqif yang dipotong dan tubuhnya tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan jenazahnya dikebumikan.

“Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sampel dari kaki yang dipotong turut mengagumi keadaan jenazah. Kejadian ini turut disaksikan pihak berkuasa.

“Allahuakbar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. MasyaAllah. Allah maha berkuasa,” kata Mas Arip.

 

Kisah adik Thaqif menjadi tular selepas dia didakwa menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di sebuah pusat tahfiz di Johor, sebelum kakinya sakit dan terpaksa dipotong.

Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa manakala pembantu warden yang ditahan, telah dibebaskan tanpa dilepaskan kerana kekurangan bukti. –KLICK.MY