Hiburan Sensasi Terkini

Suami Ziana Zain Didakwa Mahkamah Atas Tuduhan Cederakan Anak

SUAMI penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas tuduhan mencederakan anak lelakinya sehingga luka dengan menggunakan sebatan rotan pada 25 Februari lalu.

Tertuduh yang memakai baju-T berwarna kelabu bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Sebaik pertuduhan dibacakan juga, Armin Zaharin yang tidak diwakili peguam mendakwa melakukan perbuatan atas tujuan mengajar anak.

“Saya ajar dia (anak) mengaji dan solat tetapi dia tidak faham dan bebal,” katanya.

Bagaimanapun, pengakuan tersebut tidak diterima oleh Raja Noor Adilla.

Mengikut pertuduhan, Armin Zaharin yang merupakan penganggur itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam ke atas anaknya dengan menggunakan sebatan rotan. –KLICK.MY

Sumber: Kosmo Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.