Hiburan Terkini Viral

Suami Nora, Johan Nawawi Meninggal Dunia

Pagi ini dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian insan seni yang juga komposer tersohor, Johan Nawawi.

Suami kepada penyanyi, Nora Ariffin meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya awal pagi tadi.

Johan, 52, dikatakan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi.

Menurut anak Allahyarham, Mohd Syakir Alif, bapanya itu meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.-KLICK.MY