Luar Negara Terkini

Suami Isteri Terkejut Imbasan Tunjuk Bayi Pakai Fon Kepala

PELIK tapi benar! Sepasang suami isteri yang bakal menimang cahaya mata terkejut apabila imbasan imej menunjukkan seolah-olah bayi mereka memakai fon kepala.

Situasi itu dilalui Emma dan Richard Wilkins yang menjalani pemeriksaan imbasan ultrabunyi pada usia kandungan mencecah 11 minggu.

Ketika itu, bayi yang dinamakan Lean May itu seolah-olah mahu mengikut jejak bapanya, seorang deejay yang tentu sekali sinonim dengan fon kepala.

Menurut Emma, 33 dan Richard, 49, gambar imbasan itu telah diambil Leah yang kini berusia enam tahun sebagai dorongan untuk dirinya bergiat dalam bidang muzik.

“Memang tidak diketahui bagaimana fon kepala itu ada padanya, semua yang melihat imbasan tu terkejut.

“Malahan, juruteknik ultrabunyi itu tiba-tiba menunjukkan pada kepala bayi saya seolah-olah ada fon kepala,” katanya.

Leah yang telah melihat gambar imbasan itu juga menganggap ia sesuatu yang lucu.

Si cilik ini telah di diagnosis sebagai penghidap sindrom DiGeorge dengan tambahan kromosom pada usia tiga tahun.

Kata Emma, pelbagai komplikasi dihadapi anaknya sejak lahir hingga memberi kesan terhadap tumbesaran dirinya. –KLICK.MY

 

 

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.