Hiburan Sensasi Terkini

Suami Adira Nasihat Ude Wahid Jangan Cerai, Fikir Anak-Anak

ISU poligami sentiasa menjadi topik perdebatan masyarakat kerana ia sangat sensitif terutama bagi golongan wanita namun kaum lelaki mungkin ada pendapat berbeza.

Sebagai seorang suami yang berpoligami dengan dua isteri dan salah seorsang isteri daripada kalangan selebriti, Datuk Red yang merupakan suami penyanyi Adira ada sedikit nasihat untuk pemuzik Ude Wahid yang memfailkan perceraian dengan isteri pertamanya Intan Liana.

Datuk Red berpendapat perceraian menjadikan anak-anak sebagai mangsa kepada keadaan yang sukar itu.

 “Nasihat saya sebelum buat keputusan fikir anak- anak. Anak-anak dalam keadaan ini mangsa sebab mereka tidak mungkin akan dapat sepenuh kasih sayang dari kedua ibu dan bapa. Berkahwin tidak ada masalah tetapi bercerai adalah sesuatu yang saya tidak setuju”

“Melalui penceraian yang pertama ini yang pernah saya lalui, terpaksa berpisah dengan anak-anak. Sebab itu mahkamah juga memberi tempoh sebelum kita buat keputusan. Saya tahu benda masih baru dan dia juga tidak mahu fikir”

Suami kepada penyanyi, Adira juga menasihati Ude bahawa hakikat mendirikan rumah tangga dengan seorang selebriti adalah sukar kerana segala cerita akan diambil tahu. Tapi Ude harus sedar hakikat tersebut dan menerima pendapat netizen dengan hati terbuka.

“Dalam hal ini Ude kena tahu tindakannya akan memberi kesan kepada Izreen sebab dia seorang artis dan dikenali ramai. Jadi bukan salah orang luar untuk terus berkongsi pendapat mengenai hal ini,” katanya. –KLICK.MY

Sumber: Utusan Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.