Sensasi Terkini Viral

Suami Adira Mengayat Perempuan Lain Di Instagram?

Sejak-sejak akhir ini ramai pula selebriti lelaki dikaitkan dengan gosip curang dengan pasangan masing-masing. Antaranya Shukri Yahaya, Sufian Suhaimi dan terkini Datuk Red, suami kepada penyanyi AF, Adira Suhaimi.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri  Adnan Abu yang sudah mempunyai dua isteri dan empat anak pula dikaitkan dengan dengan perbualan bersama seorang wanita di Instagram.

Beberapa screenshot dikongsikan di laman forum CARI menunjukkan gambar Datuk Red sendiri selain dakwaan bahawa perbualan tersebut sebenarnya sudah terjadi sebelum Adira beranak lagi.

Apa agaknya perasaan isteri-isteri Datuk Red selepas membaca kisah panas yang masih belum diketahui kesahihannya ini.

Satu ketika dulu Adira pernah menyatakan, dia reda sekiranya suaminya itu berubah dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah.

Walau apa pun, hanya tuan punya diri dan Allah mengetahui perkara sebenar, semoga Datuk Red bijak menjaga kerukunan dua rumahtangganya itu.

Yang penting, jangan mengabaikan kebajikan isteri-isteri dan zuriat dikurniakan Allah ya Datuk Red. –KLICK.MY