Hiburan Sensasi Terkini

Soo Wincci Berpuasa Buat Kali Ke-6, Kongsi Menu Berbuka & Bersahur

Ini bukanlah tahun pertama Dr. Soo Wincci berpuasa di bulan Ramadan sebaliknya sudah tahun ke-6.

Dia juga mendapat sokongan para peminat yang suka melihat pelakon dan penyanyi ini berpuasa.

Kalau sudah masuk tahun ke-6 sudah pasti Wincci sudah terbiasa dengan amalan tersebut. Ketika mula-mula berpuasa dia pernah menjelaskan caranya itu bukan untuk meraih publisiti tetapi percaya amalan berpuasa bagus untuk sistem badan.

Malah, Wincci bukan sahaja berpuasa tetapi dia juga bangun sahur untuk menggalas perut. Mesti anda semua nak tahu apa menu berbuka dan bersahur wanita cantik ini.

Wincci tidak lokek berkongsi menu berbuka dan bersahurnya kepada peminat-peminatnya. Justeru, dia memuat naik gambar-gambar menu di Instagram. Boleh dikatakan setiap hari pasti ada menu yang dikongsikan bersama.

Namun, kebanyakan menu yang dikongsi adalah menu yang sihat. Jangan tak tahu, Wincci juga mengamalkan makan buah kurma.

Selamat berpuasa, berbuka dan bersahur buat Wincci. Semoga tahun-tahun mendatang, Wincci masih memgamalkannya. –KLICK.MY