Terkini Viral

Snapchat Rugi RM5 Billion Sebab Satu Tweet Kylie Jenner

BINTANG program realitI, Kylie Jenner membuktikan betapa besar pengaruhnya apabila hanya dengan satu kenyataan di Twitter boleh menyebabkan syarikat aplikasi Snapchat menanggung kerugian RM5 billion.

Saham syarikat aplikasi popular itu dilaporkan merundum sebanyak enam peratus selepas satu kenyataan dikeluarkan selebriti berkenaan.

Kylie yang merupakan antara selebriti paling berpengaruh di media sosial termasuk Snapchat mengeluarkan kenyataan bahawa dia terpaksa meninggalkan aplikasi itu kerana kemaskini terbaharu yang membingungkan.

“Jadi adakah orang tidak lagi membuka Snapchat? Atau saya sahaja? Ini sangat menyedihkan. Aku tetap menyintaimu Snap… cinta pertamaku,” kicau Kylie yang mendapat komen lebih empat ribu pengguna Twitter.

Awal minggu lalu, Snapchat mengumumkan perubahan yang mendapat respons negatif pengguna.

Versi baharu aplikasi itu membuatkan pengguna sukar untuk mengemaskini akaun dan tidak dapat melihat pengikut yang mengikuti mereka.

Perkara itu menyebabkan pengguna mengeluarkan petisyen memohon agar pengeluar aplikasi tersebut mengembalikan versi lama.

Bagaimanapun, petisyen yang mendapat sokongan lebih 1.2 juta itu tidak mendapat sebarang reaksi dan maklum balas daripada Snapchat.

Namun hanya dengan satu kenyataan di media sosial oleh Kylie, syarikat pengeluar aplikasi terbabit kini berjanji untuk mengembalikan versi asal. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen