Hiburan Sensasi Terkini

Siti Sarah Takut Muatnaik Gambar Di Instagram?

Penyanyi dan juga isteri kepada Shuib Sepahtu, Siti Sarah telah memuatnaik sekeping gambar dengan kapsyen yang berbau kebimbangan.

Menurut ibu kepada tiga orang anak ini, dia takut sekiranya tindakan dia memuatnaik gambar akan mengundang kutukan kepada dirinya.

Sebelum ini, pelantun lagu Kesetiaan berkenaan pernah menceritakan pengalaman pahitnya sejak zaman persekolahan lagi sering diejek dan dihina kerana mempunyai paras wajah yang tidak cantik.

Justeru, rentetan daripada pengalaman pahit yang pernah dilalui selama hidupnya membuatkan dia berasa takut untuk memuatnaik gambarnya.

Namun dalam ketakutan itu, Siti Sarah menegaskan sekiranya ada yang tidak suka dengan perbuatannya memuatnaik gambar, mereka tidak perlu melihatnya.

 

Malah, tegasnya sekali lagi, dia memuatnaik gambar di Instagramnya dan bukan di Instagram orang lain. Sebenarnya niatnya memuatnaik gambar tersebut kerana suka solekan hasil tangan jurusolek terkenal, Epie Temerloh.

Luahan Siti Sarah itu turut disokong oleh ‘followers’ dan menasihati supaya penyanyi kesayangan mereka tidak mempedulikan kata-kata orang.

Benar Siti Sarah, jangan pedulikan kata-kata orang yang busuk hati itu. Mereka sebenarnya dengki. Apapun awak memang cantik dan yang penting, mempunyai suami yang romantik dan penyayang.-KLICK.MY