Hiburan Terkini

Siti Nurhaliza Terima Ucapan Hari Jadi Peminat Dari Brazil

UMUM mengetahui Datuk Seri Siti Nurhaliza bukan sahaja dikenali peminat dari Malaysia tetapi juga dari Singapura, Indonesia dan Brunei.

Terbaharu, penyanyi hebat dari Kuala Lipis yang tiada tandingannya ini sedang bahagia di samping suami tercinta Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Dalam pada itu, hari ini (11 Januari 2018) merupakan hari ulang tahun kelahiran Siti yang ke-39 tahun maka banyaklah ucapan ulang tahun yang diterimanya.

Namun yang paling yang mencuri perhatian ialah ucapan peminatnya dari Brazil. Wow, tak sangka Siti mempunyai peminat dari sana juga!

Baru beberapa minit yang lepas Pelantun lagu Cindai ini memuat naik petikan ucapan dari peminat berkenaan di Instagram.

Menurut peminat yang dikenali sebagai @philosopop, dia meminati Siti sejak mendengar lagu Kesilapanku, Keegoanmu lagi. Dia juga tumpang gembira melihat kebahagiaan Siti bersama suami.

Dalam pada itu Siti turut memuat naik satu video di Instagram bagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan kepadanya.

Lebih menarik, dalam video tersebut Siti membuat pengumuman mengenai jantina anak yang dikandungnya. Menurut Siti, anak dalam kandungannya adalah perempuan.

Kami di sini ingin mengucapkan selamat hari jadi buat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Semoga terus dilimpahi rezeki dan kesihatan yang baik. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen