Gaya Hidup

Siti Kasim Anggap Subjek Pendidikan Islam Di Sekolah Sebagai Ganas

SIAPA yang tidak kenal pada peguam bersuara lantang, Siti Kasim yang sering mencetuskan kontroversi apabila melontarkan pandangan.

Baru-baru ini, Siti Kasim sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila meminta Menteri Pelajaran Dr. Maszlee Malik melihat semula silibus Pendidikan Islam Tingkatan 5.

Aktivis masyakarat ini memuat naik subtopik berkaitan rasional hukuman bunuh terhadap orang murtad dalam buku ulangkaji ‘Fokus SPM Pendidikan Islam Tingkatan 4 5’ di Facebook.

“Sejak berita mengenai isteri dipukul keluar, seorang pelajar Tingkatan 5 menghantar mesej kepada saya dan menunjukkan (gambar) ini kepada saya. Sekarang beritahu saya sama ada ini betul atau salah?

“Tolonglah Dr. Maszlee Malik. Anda sangat perlu melihat silibus agama Islam. Ini sangat mengerikan,” kata Siti Kasim.

Dalam buku ulangkaji itu disebutkan rasional membunuh orang murtad adalah:

  1. Memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermainkan.
  2. Mengelak daripada orang murtad mempengaruhi orang Islam lain mengikut jejak langkahnya.
  3. Sebagai satu cara untuk menghalang tindakan merendah dan memburukkan agama Islam.
  4. Mengelak perbuatan riddah daripada berleluasan yang boleh mencemarkan kesucian Islam.

Sebelum ini Siti Kasim berkongsi hantaran di Facebook berkaitan soalan peperiksaan Pendidikan Islam Kertas 1 September/Oktober yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor mengenai subtopik ‘cara memukul isteri yang nusyuz’.

“Kementerian Pendidikan. Adakah ini apa yang pelajar Melayu belajar di sekolah? Apakah ini Dr. Maszlee Malik? Adakah ini diterima? Sampah jenis apakah yang kita ajar anak-anak di sekolah?” tulis Siti Kasim.

Maszlee dalam responnya terhadap hantaran itu, mengucapkan terima kasih kepada Siti Kasim kerana membawa isu tersebut kepada perhatian beliau.

“Terima kasih atas keprihatinan dan membawa perkara ini untuk makluman saya. Saya akan ambil tindakan bagi meneliti perkara ini,” kata Maszlee di Twitter.

Ramai yang berpendapat tindakan Siti Kasim ini sebenarnya telah mengundang satu persepsi buruk buat bukan Muslim terhadap Islam dan menjadi suatu fitnah buat Islam.

Islam tidak mengajar penganutnya menjadi ganas, tetapi perbuatan Siti Kasim menafsirkannya secara salah itulah yang menyebabkan Islam dilihat ganas. –KLICK.MY

Sumber: Utusan Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.