Hiburan

Silap Letak Gambar Elfira-Suhaimi, Habib Jewels Mohon Maaf

SAMA ada lucu atau sebaliknya, semalam tular di media sosial apabila syarikat barangan kemas terkenal, Habib Jewels tersilap berkongsi gambar mengenai perkahwinan pelakon Elfira Loy laman Facebook rasmi mereka.

Mereka telah memuat naik gambar Elfira dan bekas tunangnya yang juga penyanyi Sufian Suhaimi ketika majlis pertunangan mereka sebelum ini beserta ucapan tahniah.

Niat sebenar mereka mahu mengucapkan tahniah atas perkahwinan Elfira namun sebaliknya yang berlaku.

Posting itu kemudiannya menjadi tular apabila ia dikongsi oleh netizen yang menganggap perkara itu lucu.

Mengakui kesilapan mereka, pihak Habib kemudiannya telah memadam posting berkenaan dan turut membuat permohonan maaf kepada pasangan terbabit dan juga Sufian serta peminat mereka.

Menurut Habib, kakitangan mereka yang bertugas telah tersalah memuat naik gambar itu dan dalam masa yang sama turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga Elfira dan Faris. –KLICK.MY

Sumber: MHE TV