Hiburan Sensasi Terkini

Si Kembar Sudah Pandai Berdiri Dan Bertatih

Kembar comel Datin Paduka Eina Azman kini sudah pandai berdiri dan belajar berjalan. Eina yang baru pulang dari percutian bersama suami, disambut penuh kegembiraan oleh kembarnya itu.

Maklumlah dua minggu tidak berjumpa dengan mama dan papanya. Sebelum bercerita lebih lanjut, kami di sini ingin mengucapkan selamat hari jadi buat Eina yang jatuh pada setiap 13 Mac.

Baru hari itu dia menyambut hari jadi kembarnya kini tiba gilirannya pula. Patutlah bercuti ke luar negara berdua dengan suami sahaja. Rupa-rupanya sempena hari jadinya yang ke-22 tahun.

Dalam Instagram anaknya itu, Eina telah memuatnaik video menunjukkan Aubrey dan Karl sudah boleh berdiri. Malah kedua-dua si comel itu mula bertatih dan kadangkala terlihat mereka terduduk.

Jelas kedengaran suara Eina yang kegembiraan apabila melihat anaknya sudah boleh berdiri dan mula belajar berjalan.

Gelagat si kembar ini belajar berdiri dan berjalan mendapat perhatian ‘followers’ yang rata-rata turut berkongsi kegembiraan.

 

Jawabnya selepas ini makin kuruslah Eina kerana mengejar anak-anak yang teruja baru dapat ‘kaki’.-KLICK.MY