Sensasi Terkini Viral

Panas, Shukri Yahaya Nafi Goda Wanita Menerusi Wechat

Panas sekali suasana industri hiburan pada hari Jumaat di bulan mulia ini apabila tersebarnya perbualan kononnya antara pelakon kacak, Shukri Yahaya dengan seorang wanita di laman sosial wechat.

Wanita yang memiliki akaun Instagram bernama @sarahdanielle27 itu telah berkongsi beberapa screenshot perbualan panasnya dengan individu yang dipercayainya sebagai Shukri Yahya.

Dia menyatakan, dia kurang senang dengan mesej godaan pelakon 7 Hari Mencintaimu itu yang menggodanya untuk melakukan perkara terkutuk.

Bagi berlaku adil kepada Shukri, mStar Online menghubungi pelakon yang baru bergelar bapa itu dan Shukri berkata, wanita berkenaan sengaja menggunakan cara tersebut bagi meraih perhatian masyarakat.

“Saya pun dapat tahu berita ni pagi ini. Komen saya senang je, orang sekarang sanggup buat apa sahaja untuk ‘famouskan’ diri mereka tanpa rasa malu akan diri sendiri.

“Mereka seperti sudah tidak bermaruah dan nak popular cara pantaslah ni. Saya sikit tidak terasa dan malas nak layan.

Stop making stupid people famous” (Hentikan buat orang bodoh popular), tegasnya.

Wanita itu turut mendakwa mempunyai bukti rakaman perbualan video dengan pelakon lelaki tersebut, namun tidak dimuat naik atas sebab-sebab tertentu.

Dalam pada itu, ditanya tentang tindakan terhadap perkara ini, Shukri berkata, dia enggan melayannya dan menganggap ia sesuatu yang remeh.

“Saya malas nak layan mereka, saya maafkan mereka di bulan puasa ni. Orang macam ni buat kita hilang sabar, baik tidak payah layan langsung,” ujarnya.

Tambah Shukri lagi, dia enggan ambil kisah pendedahan palsu itu kerana semua orang boleh menjadi dirinya dengan meletakkan gambar profile dia seterusnya menyamar dengan cara berbalas teks perbualan.

Shukri telah berkahwin dengan Tya Adnan pada 20 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaira Ameena yang lahir pada 24 Ogos 2016.– KLICK.MY