Sensasi Terkini Viral

Shuib Sepahtu Terkilan Dituduh Sombong, Akui Serius Di Luar Kerja

Dituduh bersikap sombong apabila serius di luar waktu bekerja, Shuib Sepahtu menafikan dakwaan berkenaan dan terkilan apabila dituduh sedemikian.

Menurutnya, melawak adalah pekerjaannya dan dia tidak semestinya perlu melawak dan bersifat kelakar sepanjang masa terutama di luar bidang tugasnya.

“Saya seorang yang serius di luar waktu kerja dan suka berfikir.

“Ada yang datang menegur saya sombong dan berpewatakan berbeza daripada apa yang mereka lihat di televisyen,” ujarnya.

Menurut suami kepada penyanyi Sarah Raisuddin itu, kadangkala masyarakat tidak faham, pelawak juga manusia yang perlu serius ketika tidak bekerja, bergurau pun perlu dilihat pada situasi dan tempat yang sesuai.

Betul juga apa yang diluahkan Shuib, dia juga manusia biasa yang mempunyai pelbagai perasaan seperti orang lain yang kadangkala ceria, sedih, kecewa dan marah, ada kalanya riang, teruja dan kelakar.

Jadi diharapkan kepada peminat pelawak-pelawak di luar sana, jangan terlalu mengharapkan pelawak akan sentiasa menghiburkan anda jika mereka di luar tugas kerana mereka juga perlukan ruang peribadi dan bebas mengekspresi perasaan mereka mengikut suasana.

Jangan pula cepat menghukum seseorang selebriti itu sombong hanya kerana apa yang anda harapkan tidak sama seperti dibayangkan, mereka juga manusia biasa seperti kita semua. –KLICK.MY

Sumber: Astro Gempak