Hiburan Sensasi Terkini

Shila Amzah Menang Anugerah Di Global China Music Chart For CCTV

PENYANYI Shila Amzah sekali lagi melakar sejarah dalam kerjaya seninya di China apabila berjaya memenangi anugerah di acara Global China Music Chart for CCTV.

Nama Shila Amzah, sememangnya tidak asing lagi dalam dunia hiburan di negara tersebut sejak kemenangannya di Asian Wave pada tahun 2008.

Shila bersama dengan seorang DJ radio popular di China.

Kini, Shila masih aktif melancarkan single berbahasa Mandarin di bawah syarikat rakaman miliknya.

Berkongsi kegembiraan bersama peminat, Shila telah memuat naik gambarnya ketika acara tersebut di Instagram.

Pada acara tersebut Shila menyampaikan lagu berjudul ‘Rú gu wo men lo le’ yang merupakan lagu  Mandarin terbaharu daripadanya.

Apabila diumumkan sebagai pemenang, Shila menyatakan dia amat bersyukur kerana tidak menyangkakannya.

Bersama salah seorang peserta.

Persembahan Shila menerusi lagu tersebut telah meraih undian sebanyak 66351 sekaligus menempatkan dirinya di kedudukan kedua.

Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada Shila kerana sekali lagi membanggakan rakyat Malaysia. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.